Wednesday, February 15, 2012

BOOTH PLASTER CEILING

BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist

Antara pengunjung Booth kami

Mendapat Sambutan

Sijil yg di sampai oleh CEO CIDB...

Booth kami..

Booth sebelum di hias..

Pusat Konvensyen CIDB KL..



Salam kepada semua pengunjung-pengunjung blog sy.

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah limpahkan kepada saya dan semua pengunjung2 blog sekalian. Sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog sy ini kerana kesuntukkan masa. Bukan tak nk kemaskini tapi rezeki Allah beri kepada saya mencurah-curah, Alhamdulilah syukur kepada nikmatnya. Hampir setiap hari sentiasa ada customer atau bakal customer yg menghubungi sy utk meminta sebutharga memasang plaster ceiling. Kerap juga dalam sehari tidak kurang dr 3 bakal customer menghubungi sy utk meminta sebutharga. Alhamdulilah.. Walau ape pun di kesempatan ini sy MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MAAF sekiranya terlepas pandang atau tidak dapat memenuhi semua tempahan kerana tenaga kerja yg terhad.

DI kesempatan ini juga sy ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sokongan anda kepada sy dan krew kerja kami. Semoga jalinan ini akan terus di suburkan dengan uhkwah tali persaudaraan sesama bangsa dan agama.

Tanggal 13 Febuari 2012 iaitu hari Isnin yg lepas kami telah mengorak langkah utk mengejar VISI dan MISI kami menjadi antara peneraju dalam bidang Plaster Ceiling di Malaysia dengan menerima tawaran dari CIDB utk membuka BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist di Construction Industry Career Fair 2012 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB KL. Alhamdulilah sambutan yg sangat-sangat menggalakkan dr pengunjung2 ke BOOTH kami. Ramai kontraktor Melayu ingin menjalin usahasama dengan Gemilang Plaster Ceiling Specialist serta tidak ketinggalan ramai pengunjung yg berbesar hati utk menyertai kami. Mereka terdiri dari lulusan Universiti dr peringkat Ijazah Kepujian sehingga lah sijil. Kami amat terharu serta lebih bersemangat dengan adanya sokongan seumpama ini. Walaupun kami antara junior dalam bidang ini tapi kami sentiasa mengorak langkah utk terus maju serta bersedia menyahut cabaran yg lebih besar kelak. Ini antara INISIATIF kami memperkenalkan jenama kami kepada kontraktor2 Melayu khasnya dalam industri pembinaan.

Ok lah rasanya entry kali ni adalah entry yg paling panjang sy tulis dlm blog ini. Semoga berjumpa di lain waktu.. Salam 1 Malaysia... Layannnn....