Wednesday, February 15, 2012

BOOTH PLASTER CEILING

BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist

Antara pengunjung Booth kami

Mendapat Sambutan

Sijil yg di sampai oleh CEO CIDB...

Booth kami..

Booth sebelum di hias..

Pusat Konvensyen CIDB KL..



Salam kepada semua pengunjung-pengunjung blog sy.

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah limpahkan kepada saya dan semua pengunjung2 blog sekalian. Sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog sy ini kerana kesuntukkan masa. Bukan tak nk kemaskini tapi rezeki Allah beri kepada saya mencurah-curah, Alhamdulilah syukur kepada nikmatnya. Hampir setiap hari sentiasa ada customer atau bakal customer yg menghubungi sy utk meminta sebutharga memasang plaster ceiling. Kerap juga dalam sehari tidak kurang dr 3 bakal customer menghubungi sy utk meminta sebutharga. Alhamdulilah.. Walau ape pun di kesempatan ini sy MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MAAF sekiranya terlepas pandang atau tidak dapat memenuhi semua tempahan kerana tenaga kerja yg terhad.

DI kesempatan ini juga sy ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sokongan anda kepada sy dan krew kerja kami. Semoga jalinan ini akan terus di suburkan dengan uhkwah tali persaudaraan sesama bangsa dan agama.

Tanggal 13 Febuari 2012 iaitu hari Isnin yg lepas kami telah mengorak langkah utk mengejar VISI dan MISI kami menjadi antara peneraju dalam bidang Plaster Ceiling di Malaysia dengan menerima tawaran dari CIDB utk membuka BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist di Construction Industry Career Fair 2012 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB KL. Alhamdulilah sambutan yg sangat-sangat menggalakkan dr pengunjung2 ke BOOTH kami. Ramai kontraktor Melayu ingin menjalin usahasama dengan Gemilang Plaster Ceiling Specialist serta tidak ketinggalan ramai pengunjung yg berbesar hati utk menyertai kami. Mereka terdiri dari lulusan Universiti dr peringkat Ijazah Kepujian sehingga lah sijil. Kami amat terharu serta lebih bersemangat dengan adanya sokongan seumpama ini. Walaupun kami antara junior dalam bidang ini tapi kami sentiasa mengorak langkah utk terus maju serta bersedia menyahut cabaran yg lebih besar kelak. Ini antara INISIATIF kami memperkenalkan jenama kami kepada kontraktor2 Melayu khasnya dalam industri pembinaan.

Ok lah rasanya entry kali ni adalah entry yg paling panjang sy tulis dlm blog ini. Semoga berjumpa di lain waktu.. Salam 1 Malaysia... Layannnn....


Sunday, January 1, 2012

PLASTER CEILING DESIGN

Setelah selesai kerja plaster ceiling serta pendawaian elektrik...
Living Hall..

Pandangan dari sudut lain...

Baru siap mengecat.....

Bilik Master Bed Room setelah selesai di cat serta pemasangan lampu dan kipas...

Memasang Cornice dan Centre Roses bahagian Dining....

Special Moulding....

Kerja-kerja pemasangan Struktur Plaster Ceiling....

Kerja mengukur utk proses seterusnya....

Kicthen Cabinet Sebelah atas....



Salam...

Macam biasalah selepas siap projek akan ade entry... tp entry kali ni lewat skit sebab saya sibuk memasang plaster ceiling rumah kedua dalam satu taman yg sama... sy akan ringkaskan maklumat projek utk pengunjung sekalian...



MAKLUMAT PROJEK:


LOKASI PROJEK:
Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi Sepang


JENIS RUMAH:
Rumah 2 Tingkat berkeluasan 20' X 70'


KERJA-KERJA PLASTER CEILING:
1. Memasang Special Moulding Plaster Ceiling untuk bahagian Living berukuran 14' X 19'
2. Memasang Plaster Ceiling serta box up panel & Cornince di bahagian Bilik Utama berkeluasan 13' X 14'
3. Memasang Cornice serta Centre Roses di ruang Dining berukuran 8' X 10"
4. Pendawaian Elektrik Di bahagian Living, Hall, Bilik Utama & Bilik2 Lain

HARI BEKERJA:
5 Hari Bekerja



















Monday, December 12, 2011

Plaster Ceiling

Setelah di cat... (maaf gmbar kurang lawa sbb lupa bw flash)...

Setelah di cat... (maaf gmbar kurang lawa sbb lupa bw flash)...

Sebelum di cat....

Pandangan sblm di cat...

Master bed room setelah di cat....

Kitchen Cabinet pun kami buat jgk....


Salam,

Nak cerita banyak2 pun tuan-tuan dan puan2 mesti kurang nak membaca sebab kesuntukkan masa kan... tak pe lah sy just bg tau berkenaan projek ni serba ringkas...


Maklumat Projek:


Pemilik Rumah:
En. Roslan

Lokasi Projek:
Bandar Sungai Emas Banting


Jenis rumah:
Rumah satu tingkat berkeluasan 20' X 70'...


Kerja-kerja:
1. Memasang Plaster Ceiling di Hall menggunakan Cornice Color dgn keluasan 10' X 29'
2. Memasang 2 Centre Roses Color utk Kipas
3. Memasang Cornice putih dan Centre Roses putih didalam Master Bedroom 10' x 12'
4. Memasang Door Arch di bahagian hall ke dapur


hari Bekerja: 6 Hari termasuk cat....






Saturday, December 3, 2011

"LINK" KAN BLOG SAYA DALAM BLOG ANDA


Salam kepada semua pengunjung Tegar Blog saya, tk lupa juga kepada pengunjung baru dan Blogger2 hebat....

Dengan rendah diri, saya memohon tuan-tuan dan puan-puan MEMAUTKAN Blog saya ke dalam blog tuan-tuan dan puan-puan.. Semoga dgn langkah tersebut ekonomi org Melayu khususnya dalam industri Plaster Ceiling terus Berkembang dan Berjaya... Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan telah meng'LINK'kan blog saya dalam blog tuan-tuan dan puan-puan mohon kerjasama semua memberitahu kepada sy dalam ruangan yg di sediakan utk memudahkan saya meng'LINK'kan kembali blog tuan-tuan dan puan-puan dalam blog saya...

Kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan amat2 lah saya hargai dan di dahului dengan ucapan RIBUAN TERIMA KASIH....




NOR AZLI MUHAMAD
Managing Director of Gemilang Plaster Ceiling

Monday, November 28, 2011

PEMBERITAHUAN

Salam,

Adalah di maklumkan saya telah mempunyai Website khas untuk perniagaan Plaster Ceiling Specialist. Mulai pada hari ini, Tuan-tuan dan Puan-puan bole melayari website saya di:



www.plasterceiling.com.my



Semoga dengan adanya website ini kami lebih di kenali serta di beri peluang untuk menyediakan perkhidmatan Plaster Ceiling kepada ANDA dengan Pantas dan Berkualiti. Harap Maklum.



Monday, November 21, 2011

FLYERS GEMILANG PLASTER CEILING




ALHAMDULILAH....

Dengan limpah Kurnia NYA, Gemilang Plaster Ceiling telah menempah sebanyak 2000 flyers untuk di edarkan ke seluruh kawasan perumahan yang berpotensi. Antara kawasan yang akan kami edarkan flyers adalah Banting, Puchong, Dengkil, Bangi, Sepang, Nilai, Teluk Intan Perak, Klang dan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Design flyers kami adalah sperti di atas. Semoga dengan strategi marketing yang kami rancang mendapat keizinan dari NYA serta kehadiran kami di terima baik oleh semua bakal pelanggan kami...

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger2 yang sentiasa memberi sokongan kepada kami serta tuan-tuan dan puan-puan yg saya kasihi.... Salam Perkenalan dari saya (Nor Azli Muhamad) dan warga kerja Gemilang Plaster Ceiling..



Nor Azli Muhamad
Managing Director of Gemilang Plaster Ceiling


Thursday, November 17, 2011

FACEBOOK...


Salam kepada semua pengunjung blog saya,

Alhamdulilah, saya banyak menerima feedback dari pelawat-pelawat blog saya mengenai Plaster Ceiling. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua pelawat kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk MELESTARIKAN kediaman anda dengan rekaan Plaster Ceiling moden untuk kediaman anda. Semoga kepercayaan ini dapat meningkatkan keyakinan kami bahawasanya syarikat BUMIPUTRA juga bole berjaya dalam bidang Plaster Ceiling.


Adalah di maklumkan kami juga mempunyai akaun FACEBOOK.. Tuan-tuan dan puan-puan bole berjumpa kami dengan nama:


PLASTER CEILING SPECIALIST
gemilang_plaster@yahoo.com

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan lebih menyerikan lagi Gemilang Plaster Ceiling.... Wasalam....