Sunday, May 27, 2012

Plaster Ceiling Design

L Box Design
Bahagian Dining
Ruang Dining
Ruang Dalam Bilik
Dining yg baru siap di plaster
L Box baru siap Plaster
Kerja-kerja Plaster
Plaster Bahagian lampu T5
Memasang Board








Salam kepada semua pengunjung,

Maaflah kerana telah lama saya tidak mengemaskini blog ini.. Bkn kerana kami tiada projek tetapi kesuntukkan masa yg melampau disebabkan tempahan plaster ceiling yg banyak... Apa-ape pun ni saya masukkan projek yg baru siap di Taman Banting Baru, Banting Selangor.


MAKLUMAT PROJEK:

Tuan Rumah:
Mr. Man


LOKASI PROJEK:
No. 21, Taman Banting Baru, Banting


JENIS RUMAH:
Rumah 1 Tingkat Semi D berkeluasan 30' x 70'


KERJA-KERJA PLASTER CEILING:
1. Memasang Design L Box untuk bahagian Living
2. Memasang Design Box untuk Bahagian Dining
3. Memasang Cornice Di Semua Bilik
4. Pendawaian dan pemasangan Lampu dan Kipas di semua 
    bahagian rumah


Friday, April 6, 2012

DESIGN PLASTER CEILING DENAI ALAM


L BOX 3 Step dah siap....

Design Island dah siap juga...

Dari sudut berlainan..

Pemasangan Downlight dan T5....

Baru siap Plaster...

Island menunggu utk kerja2 akhir...

Baru je abis Cat...

Dalam MasterBedroom....

Baru abis Plaster daaa...

Lighting effect mmg menakjubkan...

Pintu masuk....

Tekun membuat L Box...


Jalan Besi....

Ni lah rumahnya... Denai Alam, Shah Alam


Grill pun kami buat jugak...



Salam...

Rasanya dah lame sy tak update blog ni. Bukan ape tuan2 dan puan2... Projek sentiasa ada je dan tak putus2 buat masa ni sehingga ada tuan rumah yg terpaksa ikut giliran. Bukan bermakna sy tak update tu menandakan kami tak ade projek tp kesuntukkan masa yg amat2 skrg ni.. Saya jg hanya akan masukkan projek yg telah siap sekiranya design rumah itu modern dan special tetapi bukan bermakna projek plaster ceiling biasa sy tak kisah kerana masa amat2 mencemburui sy utk mengemaskini blog ini. Tapi sekiranya ade kesempatan sy akan masukkan jg projek2 plaster ceiling yg design biasa jg sbg penghargaan sy kpd customer2 sy...DIKESEMPATAN ini jg sy ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih yg tidak thingga kerana mempercayai hasil kerja kami.



MAKLUMAT PROJEK:

Tuan Rumah:
En. Dzulkarnain


LOKASI PROJEK:
No. 14 Jalan Elektron U16/96A Denai Alam, Shah Alam


JENIS RUMAH:
Rumah 2 Tingkat berkeluasan 30' x 90'


KERJA-KERJA PLASTER CEILING:
1. Memasang Design L Box 3 Step untuk bahagian Living
2. Memasang Design Island untuk Bahagian Dining
3. Memasang Plaster Ceiling di Bahagian Dapur
4. Memasang Plaster Ceiling di hall Atas, Bilik utama
5. Memasang Cornice utk Bilik 2 dan 3
6. Pendawaian dan pemasangan Lampu dan Kipas di semua bahagian rumah


Wednesday, February 15, 2012

BOOTH PLASTER CEILING

BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist

Antara pengunjung Booth kami

Mendapat Sambutan

Sijil yg di sampai oleh CEO CIDB...

Booth kami..

Booth sebelum di hias..

Pusat Konvensyen CIDB KL..



Salam kepada semua pengunjung-pengunjung blog sy.

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah limpahkan kepada saya dan semua pengunjung2 blog sekalian. Sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog sy ini kerana kesuntukkan masa. Bukan tak nk kemaskini tapi rezeki Allah beri kepada saya mencurah-curah, Alhamdulilah syukur kepada nikmatnya. Hampir setiap hari sentiasa ada customer atau bakal customer yg menghubungi sy utk meminta sebutharga memasang plaster ceiling. Kerap juga dalam sehari tidak kurang dr 3 bakal customer menghubungi sy utk meminta sebutharga. Alhamdulilah.. Walau ape pun di kesempatan ini sy MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MAAF sekiranya terlepas pandang atau tidak dapat memenuhi semua tempahan kerana tenaga kerja yg terhad.

DI kesempatan ini juga sy ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH di atas sokongan anda kepada sy dan krew kerja kami. Semoga jalinan ini akan terus di suburkan dengan uhkwah tali persaudaraan sesama bangsa dan agama.

Tanggal 13 Febuari 2012 iaitu hari Isnin yg lepas kami telah mengorak langkah utk mengejar VISI dan MISI kami menjadi antara peneraju dalam bidang Plaster Ceiling di Malaysia dengan menerima tawaran dari CIDB utk membuka BOOTH Gemilang Plaster Ceiling Specialist di Construction Industry Career Fair 2012 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB KL. Alhamdulilah sambutan yg sangat-sangat menggalakkan dr pengunjung2 ke BOOTH kami. Ramai kontraktor Melayu ingin menjalin usahasama dengan Gemilang Plaster Ceiling Specialist serta tidak ketinggalan ramai pengunjung yg berbesar hati utk menyertai kami. Mereka terdiri dari lulusan Universiti dr peringkat Ijazah Kepujian sehingga lah sijil. Kami amat terharu serta lebih bersemangat dengan adanya sokongan seumpama ini. Walaupun kami antara junior dalam bidang ini tapi kami sentiasa mengorak langkah utk terus maju serta bersedia menyahut cabaran yg lebih besar kelak. Ini antara INISIATIF kami memperkenalkan jenama kami kepada kontraktor2 Melayu khasnya dalam industri pembinaan.

Ok lah rasanya entry kali ni adalah entry yg paling panjang sy tulis dlm blog ini. Semoga berjumpa di lain waktu.. Salam 1 Malaysia... Layannnn....


Sunday, January 1, 2012

PLASTER CEILING DESIGN

Setelah selesai kerja plaster ceiling serta pendawaian elektrik...
Living Hall..

Pandangan dari sudut lain...

Baru siap mengecat.....

Bilik Master Bed Room setelah selesai di cat serta pemasangan lampu dan kipas...

Memasang Cornice dan Centre Roses bahagian Dining....

Special Moulding....

Kerja-kerja pemasangan Struktur Plaster Ceiling....

Kerja mengukur utk proses seterusnya....

Kicthen Cabinet Sebelah atas....



Salam...

Macam biasalah selepas siap projek akan ade entry... tp entry kali ni lewat skit sebab saya sibuk memasang plaster ceiling rumah kedua dalam satu taman yg sama... sy akan ringkaskan maklumat projek utk pengunjung sekalian...



MAKLUMAT PROJEK:


LOKASI PROJEK:
Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi Sepang


JENIS RUMAH:
Rumah 2 Tingkat berkeluasan 20' X 70'


KERJA-KERJA PLASTER CEILING:
1. Memasang Special Moulding Plaster Ceiling untuk bahagian Living berukuran 14' X 19'
2. Memasang Plaster Ceiling serta box up panel & Cornince di bahagian Bilik Utama berkeluasan 13' X 14'
3. Memasang Cornice serta Centre Roses di ruang Dining berukuran 8' X 10"
4. Pendawaian Elektrik Di bahagian Living, Hall, Bilik Utama & Bilik2 Lain

HARI BEKERJA:
5 Hari Bekerja